my tweets. follow me okey?

Sunday, 11 March 2012

Memahami lebih baik daripada 'Too Caring'

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 Assalmualaikum dan selamat sejahtera.. from mart aumi to your heart...

Kali ini aku post dekat dalam kereta. Yela, bosan kan asyik pandang benda yang sama je dekat lebuhraya utara selatan ni. Hahaha! Pasti tak percaya aku bukak lappy ni dekat dalam kereta ni.. sambil-sambil tuh aku layan la lagu khatimah cinta. Seriously.. memang lagu sedih bagi orang yang bercinta

Hah! Aku dah masuk pula bab bercinta ni beb. Mentang2 baru in a relationship ngan kak husna kan… tapi aku tak nak la cerita pasal awek aku plak sekarang ni… ni aku nak sentuh pasal apa yang berlaku pada aku semalam.

Semalam aku dikejutkan dengan satu mesej daripadaa seorang lelaki yang mengaku BF  ***. Dia hantar dekat aku begini;

TOLONG JANGAN KACAU ***!!! NI BOYFRIEND ***…. AWAS!!!”
019 – 7**5****

Sheram nih… (ikut style Jai dalam KL Gengster…)

Hahha…. Itulah yang aku dapat. Sebenarnya ada banyak lagi mesej yang serupa aku dapat sebelum ni.. tapi org lain la.. itupun kebanyakkan perempuan tuh dari kalangan kawan2 aku. Memang la tak boleh nak cakap apa kan?

Biasanya aku mengomen kaum hawa saja. (Aik, naik lemak nampak?)
Kali ini aku ‘kritik’ la kaum aku sendiri. Sebab memang aku geram tahap gaban ni. Aku benci lelaki yang jenis “perasan caring” kat awek dia la tu.  So aku nak share la pasal benda ni dekat korang.

Ok.. senang cerita aku bagi huraian pasal mesej ni dan juga apa yang berlaku sekarang ni kalau korang nak tau.

1.       “Woi! Dia tu milik aku. Kau jangan kacau dia la ****!”

Hello brader… bukak mata… bukak hati luas2 ye… kau dan dia tu milik siapa der? Korang kan milik Allah taala…. Awek kau tu pula anak orang. So jangan nak memandai  buat macam mak ayah dia. Kau tu yang patut kena jaga diri sendiri bila dah bercinta. Hidup ni kena pakai otak der… kau tu bapak dia ke? Kau tu suami dia ke? So what? Kau tu belum ada pertalian kekeluargaan lagi kan? Kenapa nak memandai je?

2.       Beri banyak pantang larang dengan peraturan yang sangat ketat.

Korang bagi banyak peraturan-peraturan yang kadang2 awek kau tak mampu nak ikut. Tapi disebabkan bercinta punya pasal. Inilah akibatnya. Kau buat dia macam lembu bagai dicucuk hidung. Nak pergi mana-mana kena cakap, nak buat apa kena cakap, nak tu.. nak ni.. mesti ke kena cakap kat kau? Kalau pergi tandas pun kena mintak izin ke? Pastu kau pula letak peraturan yang membataskan pergerakkan dia. Kau control dia macam raja. Lebih daripada mak bapak dengan suami. Eeeeiiii!!! Gediknya….. walaupun badan tip-top… kalau macam ni baik buat perlembagaan couple je… puiiih! Ingat bahagia ke macam tu??!!


Itulah, anak dara jadi hamba kepada cinta si teruna. Siapa-siapa yang ada perangai macam ni.. baik fikir-fikirkanlah perasaan awek kau tu. Dia tu anak orang. Tak patut macam tu. Kau kan mengaku sehidup semati bersama kan (tu propaganda setiap kali couple). Jadi pakwe tuh biar jadi seseorang yang memahami bukan seorang yang ‘terlalu caring’ sangat. Kau kena lah memahami perasaan awek kau tuh. Sebab kalau awek kau tak tahan dengan kau, kau bagi alasan macam tu macam ni atas dasar cinta dan kebahagiaan. Sorry to say la der….  Orang lain tak sama perasaan dengan kau. Kau tu apa, dia tu apa. So? Pandai-pandailah ye. Dan renung-renungkanlah apa yang kau cakpa nih.


Aku memang suka bercinta tapi lebih suka memahami daripada jadi terlalu caring sangat
Mart aumi muslimin

p/s: ini juga khas bagi orang yang hantar mesej aku semalam.... jangan terasa apa yang aku cakap.. renung-renungkanlah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...