my tweets. follow me okey?

Wednesday, 23 November 2011

PETUA UNTUK MENGHAFAL AYAT-AYAT AL-QURAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera... from mart aumi to your heart...
kali ini aku nak share pasal cara-cara mudah hafal ayat2 quran... (lau nak share benda ni.. dipersilakan...)

(sumber gambar dari google)


a) Mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat bertapak di hati manusia. Imam Al-Shafie di dalam satu petikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untuk menghafal dengan baik.Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa- dosanya.
b) Mesti ada niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan diperoleh. Mohonlah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafal ayat-ayat suciNya.
c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayat al-Quran. Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain.
d) Gunakan naskah yang sama setiap kali kita menghafal. Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka surat yang kita ingin hafal.
e) Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita. Ramai yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu’ terakhir ( bermula dengan juzu’ 30,juzu’ 29 dan seterusnya).
f) Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya.
g) Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akanlebih sibuk dengan pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, kita masih belum terlambat sebenarnya, Insya Allah. Walaupun kita tidak pernah menghafal ayat-ayat pada usia kecil atau pada masa usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita bersungguh-sungguh.
h) Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat-solat sunat yang biasa kita lakukan. Selain itu, mintalah bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu .
i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik, apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...