my tweets. follow me okey?

Thursday, 27 October 2011

FENOMENA CINTA MUKA BUKU..

Budak arok berceloteh.... Assalamualaikum....


Kita berkenalan hanya dalam muka buku, kau hantar pesanan suruh aku terima kamu.. oh..ooo.. hatiku rasa sesuatu…

Ya, itu dia sedutan daripada lagu yang sedang ‘hot’ kat radio, Cinta Muka Buku by Najwa Latif. Memang la hot sampai lagu tu jadi ‘ringtone’ handphone aku. Hahaaha…memang sedap! Lagipun penyanyinya Cuma sebaya aku and duduk pun di Batu Pahat juga! Memang la happy.

Oh terlupa, rupa-rupanya aku dah terlajak dari apa yang aku nak sampaikan. Sebenarnya bercinta di muka buku ini, memang dah menjadi lumrah dalam kehidupan seharian. Sape tak kenal Facebook kan? Memang semua kena lah. Tak kira bisnes ke, dapat bini ke.. mesti dapat. Bercinta di muka buku memang boleh di anggapkan sebagai bercinta di alam maya.  

Tapi dalam post ini, aku tak nak bercerita tentang couple kat facebook. aku nak tekankan cinta BUKAN couple!!! Tapi dalam tajuk ni, mesti ada kaitan dengan couple kan?? So, jangan salah faham.

Ok, cinta muka buku tidak semestinya couple dengan orang dalam facebook. Cinta ini boleh ditakrifkan sebagai kesetiaan kepada sesuatu benda. Patutlah tiap2 masa mengadap Facebook kat pc ngan handphone.

Oleh sebab itu, facebook ini menjadi fenomena dunia. Orang nak cari duit guna Facebook, orang nak cari ilmu guna Facebook, Orang nak cari bini (expecially yang TERRRBBAIIKKKKK punya!!!) and macam-macam melalui Facebook. Tanpa Facebook, tak boleh hidup. Itu yang dinamakan CINTA MUKA BUKU!

Hah! Tapi kena sedar, facebook boleh buat korang gembira dan pada masa yang sama buat korang sedih dan marah. Macam kita bercinta. Jadi, kenalah berhati-hati menggunakan laman muka buku itu disamping menggunakannya ke jalan yang betul. 

Idea Mark Zuckerberg ini banyak memberi impak kepada semua lapis masyarakat. Masyarakat mula celik akan bidang IT bermula daripada Facebook (itu ‘standard’ budak kampong la). Tetapi memang benar. Sebahagian daripada apa yang aku nampak, memang pada mulanya tak ada orang kampong yang pandai guna computer. Tetapi, kalau dah ada Facebook (bagi org kampong yang rajin pergi cc) terus pandai guna PC. Adik aku yang darjah 4 pun dah ada facebook. Hebat!

Satu lagi sebab ialah facebook merupakan satu laman social yang mudah dan ‘sophisticated’ serta murah. Berbanding di sini seperti BOTS (battle of the sexes), Moko.mobi, Speesh, memang kena bayar (Perggh!! Teringatkan masa daftar benda2  tu semua, cekik darah aku nak bayar minggu2.. mula2 memang free tapi.. mingguan.. ni makannya!!). emm, memanglah ramai gile terjolok mata dari pagi sampai ke malam kat skrin PC tu. Lagi teruk daripada menonton drama korea.

Patut la sampai 500 juta lebih pengguna Facebook. Yang tengah ‘online’ pun dah berjuta-juta. Memang sungguh menakjubkan.

Jadi, sebagai konklusinya, cinta muka buku menjadi fenomena harian kita. Tak kira apa jua pun, Facebook menjadi destinasi perhubungan yang lebih cepat.

p/s: lagu cinta muka buku memang sedap ~! Hahahhahaha! A+ for Najwa Latif!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...