my tweets. follow me okey?

Friday, 5 August 2011

blogging is fun, but....

Budak arok berceloteh.... Assalamualaikum....



Kali ini aku nak cerita sedikit pasal berblogging ini. Hahaha… korang nak tahu ke pasal blog? Bagi yang menjadi blogger tu, diaorang dah tahu pasal blog. So introduction kene skip ke bawah la…. hahaha...


Blog merupakan satu media yang dapat berkongsi sesuatu (selain daripada Facebook, Twitter dan laman social yang lain).  Tetapi fungsi blog lebih daripada laman social yang lain. Ia boleh berfungsi sebagai laman web sendiri. Tidak seperti laman social yang lain, ianya tidak terbatas. Segala maklumat yang diperolehi yang dipost ke laman social hanya terbatas di situ sahaja (kecuali kalau copy and paste ajela). Blog pula merupakan universal kepada semua maklumat yang diberikan. Itu sebabnya hampir sebahagian maklumat yang kita cari itu daripada laman-laman blog di internet (sebab google yang searchkan… kita pilihla.. dah kita yang suruh carikan…. Hehehe.. :p).  

Banyak faedah sebenarnya kita berblogging ini. Tetapi ramai yang salah faham tentang berblogging ini. Malahan ada membenci, memaki hamun, mencaci dan bla.. bla.. bla.. yang negative pasal berblogging ini (harap-harap… diturunkan hidayah semoga tidak memikirkan pasal perkara negative ini… amin..). Berbalik kepada cerita  tadi, memang ada pelbagai faedah yang dapat perolehi hasi daripada blogging.

Tapi mula-mula, aku cerita sedikit la tentang pengalaman aku berblogging. Pada mulanya, aku tertanya-tanya tentang blogging ini (yela, time tu kan gelombang berblogging).  Aku terasa macam aku nak tahu pasal blog ini. Tetapi yela, fikiran aku masih mentah lagi. Aku masa tu main daftar je kat blogger.com tu. Nah.. ambik kau! Muhammad Muslimin is now a new blogger! (aku reka-reka sahaja, sekurang-kurangnya bangga la.. tapi ini gurauan sahaja… hahaha!!!) nak dipendekkan cerita, aku start berblogging ini time aku form 1 (2008).

Tapi time tu aku pun terasa bodoh jugak. Yela aku tak tahu pasal blog ni. Aku main tulis and post la apa-apa kat blog tu. Tapi aku dah lupa la link sebab dah berapa kali aku gagal dalam berblogging dalam 2 tahun selepas itu. So, aku lupakan ajela. Tetapi, time tu jugak aku belajar la serba sedikit tentang macam mana nak uruskan blog. Dan aku juga dapat tahu bahawa blogging itu banyak faedahnya.

Disebabkan oleh kegunaan internet sangat terhad dan hanya online di cyber café sahaja, aku terpaksa melupakan hasrat mahu menjadi blogger. Tetapi tidak lama lah lepas tu, aku dapat bantuan notebook 1 Malaysia dan broadband (hasil daripada wang biasiswa untuk membayar permulaan bulan pertama broadband, agak macam mahal, tapi puas hatilah dengan servis yang diberikan walaupun terpaksa kene maki hamun dulu baru nak ok!).

Sekurang-kurangnya bersyukurlah apa yang ada. Peluang memang ada di depan mata dan aku kena la menggunakannya ke jalan yang baik sekali. Hahha.. di situlah minat aku berblogging mula segar kembali (tapi aku daftar account barulah). Hasilnya dalam masa dua bulan aku berblogging, aku sudah dapat menarik perhatian para blogger di seantero Malaysia (agaknya la).

Time tu juga banyak blog sudah mula canggih dan lebih berketrampilan. Aku pula masih lagi  dengan keadaan old school lagi (blog simple). So, aku terpaksa berusaha untuk mencantikkan lagi blog dan memberi impresi yang sangat baik di mata para pembaca blog. Tetapi terima kasih la kepada para blogger yang sanggup memberikan tutorial tentang blog dalam blog mereka. Semoga ilmu mereka dapat dimanfaati dan disebarkan supaya para blogger yang lain dapat juga menikmati ilmu yang mereka pakai itu. 

So, apa yang kita dapat ketahui dalam berblogging ini ialah ia banyak memberikan manfaat kepada kita. Antaranya ialah;

-          Kita dapat memberikan maklumat yang percuma tetapi bermanfaat kepada semua (dari segi Islam, ilmu yang bermanfaat). Itu sebabnya kita digalakkan berblogging kalau nak sebarkan ilmu sebab ramai orang kebanyakkannya mencari maklumat di internet. Dari segi fizikal, kita dapat ilmu itu dengan sangat pantas dengan hanya satu klik sahaja. Kalau dari segi rohaninya, ilmu itu sangat bermanfaat dan kita dapat pahala ke atasnya jika mereka ikut apa yang dipostkan walaupun kita sudah meninggal dunia. Menurut hadis Rasullullah S.A.W yang bersabda, apabila seorang anak adam itu meninggal dunia, segala amalannya terputus kecuali dengan tiga perkara; sedekah jariah, doa daripada anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat. Di situlah kenapa kita harus menyebarkan ilmu kepada orang lain. Sebab apabila orang itu menyebarkan ilmu kita kepada pihak ketiga, pihak keempat dan bla.. bla.. bla.. sampai ke hari kiamat (walau copy and paste sekalipun), insyaAllah, kita akan dapat pahalanya.  Ini khusus kepada para guru, pendakwah dan para-para pelajar yang ingin menyampaikan ilmu mereka. Orang awam pula tidak terkecuali, asal ilmu itu bermanfaat dan tidak mengandungi ilmu yang jahat dan maksiat.                                                                                                                                                         
-          Kita dapat mengasah minda disamping dapat meningkatkan lagi tahap penulisan kita. Kalau yang sedang bersekolah itu, inilah medan untuk menonjolkan bakat-bakat penulisan yang tinggi. Ini dapat membantu untuk menulis sesuatu dengan efisien dan menarik. Orang lain memang kata berblogging itu macam buang masa seperti online, tetapi mereka tidak tahu maksud yang tersirat di sebalik berblogging (aku nak kata jahil nanti mengamuk, tapi aku nak kata pandai.. entah la.. begitulah manusia sekarang). Jadi, laman blog bukan sahaja untuk menyebarkan ilmu tetapi membantu untuk pelajaran kita juga serta melahirkan para intelektual melalui blog. (harap-harap nanti exam dapat skor yang tinggi dalam bahagian karangan, whatever karangan Bahasa Melayu dan English, insyaAllah).                                                                                                                                                                              
-          Selain daripada itu, blogging juga dapat menjana pendapatan kita. Kalau yang sedang sekolah tu, sorry to say la (ikut style Abang Long Dil a.k.a Fadil kat KL Gengster). Kalau ya pun nak cari side income, please jangan lah nak overtime kat luar. Tak penat ke? Gaji cume sikit je, tapi kerja banyak bertimbun sana-sini. Penat lebih daripada pemain bola professional. Dah la kerja overtime, pastu pula exam tersangkut pula. Kononnya nak bantu keluarga, tetapi dalam kebanyakkan kes, mereka mencari duit itu nak beli benda-benda yang mahal dan branded seperti handphone (itu ok lagi), inikah pula nak belikan awek hadiah? Beli rokok? Winston, Gudang Garam, Dunhill? Nak berjoli? Amboi? Kalau duit itu nak buat macam tu baik tak payah la, baik simpan buat masa depan ke (simpan duit nak kawin pun lagi bagus sebab sekarang wang hantaran macam nak beli kereta kancil… kalau agak-agak dalam berapa tahun lagi aku nak kahwin, berapa ringgit la nak disuruh bagi wang hantaran kat family si dia tu… ratus? Ribu? puluh ribu? ratus ribu? Juta? Billion? trillion and bla.. bla.. bla..? harap-harap la aku mampu nak bayar ikut apa yang dijanjikan asalkan ada saje duit itu bagi jela, insyaAllah.. kalau rendah lagi bagus..). Daripada kerja makan gaji  yang agak seciput and asyik kene kick-out saje , lebih  baik kita buat bisnes saja dekat blog. Kan senang. Nak daftar pun free of charge. Easy as ABC (nak jadi mat saleh la pulak). Terpulanglah apa bisnes yang korang nak buat asalkan yang halal dalam Islam la. (harap-harap tak ada la budak buka bisnes nombor ekor kat dalam blog, nanti mati aku dikerjakan). Contoh la aku nak bagi, bisnes buat coklat (mentang-mentang la classmate buat bisnes coklat aku nak menyibuk pula… hahaha.. tapi ini contoh je..). bila korang dah ada modal dan nak jual kat seluruh Malaysia dan di seluruh penduduk bumi ini, korang buka la laman blog pasal bisnes coklat (ikut pilihan korang la, ini cadangan sahaja.. terpulanglah nak terima ke tak). Ini tips; bagi impresi yang baik kepada para pembaca dan bakal pembeli produk kita. Ini boleh menarik minat para pembaca nak beli produk kita dan kita dapat hasil yang lumayan hasil daripada jualan itu. Senang kan? Cume buka laman blog and jual produk kita lalu situ. Tidak la nak menganggu pelajaran korang kan? Kita cume dapat rileks (cume penat-penat sikit je sebab nak buat produk.. nak senang pakat ramai-ramai la… dengan parents ke, adik-beradik kea tau dengan kawan-kawan).. tapi ingat, kena pandai bahagikan masa antara belajar dan buat bisnes. Kalau duit banyak tu bagilah sedekah walaupun 10 sen korang bagi.                                                                                                                                                        
-          Kita dapat mengisi masa lapang. Daripada kita masuk website yang tak ada faedahnya tu, baik menulis blog and buat blog itu berfaedah kepada orang lain yang membacanya. Kita juga boleh mengekspressikan diri kita dalam post itu.

itulah manfaatnya kita berblogging. Sekarang ia lebih senang, Cuma orang lain tidak tahu or menganggap sebagai membuang masa. Tetapi, dalam berblogging ini ada etika yang kita perlu follow:

-          Jangan memeletakkan semua maklumat kita kat blog. Contohnya: alamat rumah dan nombor telefon serta emel kita. Ini dikhuatiri ada pihak yang berniat jahat untuk mencuri, hacking dan dot… dot.. dot…
-          Jangan menggunakan bahasa yang agak kasar dan lucah. Ini menyebabkan para pembaca hilang impresi dan tidak akan membaca blog kita lagi.
-          Jangan menggunakan blog itu ke jalan yang menyebabkan keruntuhan moral dan menyebabkan pelbagai kes kebejatan social yang melampau. Contohnya seperti laman blog porno (blog BLUE la kalau nak dalam bahasa KASARNYA!). ini boleh menyebabkan perkara ini senang dipengaruhi ke dalam minda anak-anak muda kita.
-          Jangan menggunakan blog itu untuk bertujuan memfitnah, memburuk-burukkan dan mencaci seseorang itu sehingga mengaibkan ke seluruh dunia. Korang nak tahu fakta sebenar tak? Kalau korang post kat blog tentang menfitnah tentang seseorang yang korang tak suka, fikir dua kali. Post korang akan di baca oleh semua orang di seluruh dunia tak kira la dekat London ke, dekat Uganda ke, dekat Antartika sekalipun, kalau percaya dan sebarkannya, dosa memang tetap dosa. Walau korang cakap benda tu bahan gurauan sahaja, memang orang akan salah faham dan akan menjadi maksiat dan dosa. Selagi korang tak mintak maaf dekat orang yang korang fitnah tu.. grr.. takut betul azab Allah taala.. bayangkan kalau korang tak sempat nak minta maaf dan delete post tu and then mati, apa korang nak buat? Tak bolehlah masuk gear reverse nak balik ke dunia. Memang dah dalam kubur dan tunggula apa yang akan berlaku kat dalam kubur.. apatah lagi nak menunggu kat padang mahsyar lagi… insaf la ya kepada para gossip dan pemfitnah tahap hardcore yang menggunakan blogger untuk aktiviti jahat mereka. Kalau kat dunia orang dah benci kita dengan perbuatan terkutuk itu, apatah lagi dekat akhirat. Lu pikirlah sendiri!

Itulah sebab blog itu merupakan universal. Ia boleh menjadi baik dan buruk. Kita perlulah berhati-hati ketika berblogging. Memang ada faedah, tetapi kesannya boleh menyebabkan peperangan sama ada psikologi dan juga fizikal. So, ikut la hati korang nak pilih jalan yang mana. Baik atau buruk. Itu plilihan korang dan aku tak kisah. Aku cuma sampaikan mesej ini sahaja kepada semua orang tidak kira pangkat, umur, perbezaan kaum dan agama dan bla.. bla.. bla…

Itu saje aku nak sampaikan hari ini. Harap-harap korang menerima apa yang aku sampaikan. Heheh.. minta maaf kalau bahasa aku dapat menyakiti hati korang. Manalah tahu kan. Kita tak tahu, tapi tiba-tiba orang dating mau fight sebab post ni( harap-harap tak begitulah) and sorry for the language. Aku guna bahasa rojak sikit sebab aku nak ekspressikan diri aku and try to make people understand me. insyaAllah dalam post yang akan datang I will use my proper language.

Nota kaki:

Kita perlulah menilai diri kita tentang berblogging ini. Ada yang menilai secara positif dan ada juga yang menilai secara negatif mengikut apa yang ditulis dalam sesuatu blog itu. Walaubagaimanapun, jangan salah faham tentang berblogging ini. Kita seharusnya menyokong para intelektual yang tidak berbayar ini yang saban hari mengasah minda untuk memberikan maklumat yang percuma untuk kita walau sampai ke hujung nyawa sekalipun. Ingatlah, bab kata pepatah inggeris, “don’t judge a book with its cover”.  Jangan kita menilai semberono pasal blog ini.   


1 comment:

m!Rm0_cha!yOk said...

Wahhh.. pjg..!.. hehee.. DATS TRUE!.. pe2 pun kne tau jgk tjuan sbnr knp kte BERBLOG..!.. kdg2 blogging neh bez, kdg2 buhsan jugak.. tp biar minat 2 ade!.. teheeee!.. hapi blogging yo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...