my tweets. follow me okey?

Friday, 3 June 2011

Pink reality.....

well.. in reality memang orang akan panggil aku budak jiwang...
tapi ia bukanlah yang disangka oleh orang lain...
aku letak warna pink kat blog ni sebab AKU SUKA!!!!
bukan bermakna aku ni budak jiwang @ budak jambu...
tetapi aku nak cakap.. masing2 ada minat yang tersendiri...
jangan menganggap benda ni sangat negatif...

bacalah artikel di bawah sebagai pengajaran....

"Warna pink ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus (NW3). Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.
Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.
Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.
Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus (NW3)"

sumber:
oleh itu.. jangan salah faham jika seorang lelaki itu memakai pakaian warna pink ea?

salam ukhwah, 
mart aumi muslimin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...