my tweets. follow me okey?

Saturday, 25 June 2011

Novel Kisah Budak Sekolah Siri 1 - Sinopsis dan watak


 Assalamualaikum....
Aku nak share sikit pasal novel aku yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi...
ini yang bertajuk: Kisah Budak Sekolah

Sinopsis:
Kisah tentang kehidupan seharian pelajar-pelajar sekolah. Ia bermula apabila Ahmad, iaitu merupakan pelajar baru yang mendaftar di SMK Seri Menteri. Namun sejak dia masuk ke sekolah itu, dia menjadi bahan bualan oleh semua orang termasuk guru-guru dan pelajar-pelajar di situ. Dia banyak mencipta nama untuk sekolah itu dari segi akademik mahupun kokurikulum. Tetapi, kejayaannya tidak disenangi oleh  Zack, iaitu rakan sekelasnya. Ahmad sering menjadi mangsa kepada taktik kotornya, tetapi dengan kesabaran dan ketabahan yang ada pada Ahmad, rancangan kotor Zack tidak berjaya. Pada suatu hari, Ahmad difitnah kerana telah membelasah seorang pelajar yang bernama fadzil sehingga koma. Ahmad tidak dapat menerima hal tersebut lalu mengamuk sehinggakan semua orang pelajar takut mendekatinya. Tindakannya itu membuat Zack mengambil kesempatan untuk menambahkan lagi keperitan hati Ahmad. Walaubagaimanapun, usaha Zack tidak kesampaian apabila Khairul merosakkan rancangan tersebut. Akhirnya, Ahmad telah berjaya menjadi memperoleh keputusan yg cemerlang pada peperiksaan akhir tahun dan tidak lagi ditakuti oleh orang lain, walhal dia dihormati dan disanjungi oleh semua orang.


Watak2 :
Ahmad – Watak utama. Seorang yang optimistik dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulum. Namun dia difitnah lalu menjadi seorang pelajar yang paling ditakuti oleh pelajar-pelajar sekolah.

Yana – Rakan baik Ahmad.  Seorang yang penyayang dan sabar.

Adi – “Mat Skema”. Ulat Buku. Walaupun dia diejek oleh semua orang, tetapi dia salah seorang daripada pelajar yang cemerlang di sekolah.

Aumi – Seorang yang periang. Perangai hamper sama dengan perangai budak-budak kecil. Namun, setelah bertemu dengan Adi, semuanya berubah.

Halim – seorang ketua kelas yang dedikasi, rajin dan tegas. Dia mengambil tahu tentang hal ehwal kelas

Farisya – Penolong kepada halim, tetapi kurang memberikan kerjasama kepada Halim. Merupakan ketua gossip kelas.

Zack – Musuh kepada ahmad. Merupakan ketua samseng. Walaupun seorang yang pandai, tetapi seorang yang tidak bertanggungjawab. Sering menggunakan tektik kotor apabila membuat sesuatu.

Khairul – Pembantu kepada Zack, tetapi seorang yang lembab, susah berfikir. Selalu merosakkan rancangan yang Zack buat.

Cik Maisara – Pekerja am sekolah. Seorang yang baik hati. Dia juga kakak kepada halim.

Puan Mastura – guru kelas. Mengajar matapelajaran bahasa melayu.

Cikgu Zahid – guru matematik

Ustaz Musa – guru pendidikan islam

Haji Tokijan – Pengawal keselamatan.

*InsyaAllah, aku akan publish novel ni pada lepas raya Aidilfitri kalau paperwork aku diterima.... bab publisher 2.. nanti aku fikirkan...

salam ukhwah,
mart aumi muslimin

1 comment:

lyana ying.. said...

haha, btol2. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...